14.3.11

NEW TOOLS

Senjata baru aku

17.2.11

HAPPY 1ST BIRTHDAY

Dah setahun umur puteri aku ni. Pejam celik sekejap je aku rasa anak aku membesar. Manja bukan main. Anak mama lah katakan. Asal celik mata je kalau tak nampak mama dia mesti bingit satu rumah. Semoga bertambah sihat dan bertambah rezeki pada tahun ni.

15.2.11

SMASH

Kenapa kebelakangan ni aku rasa smash aku kurang "power'. Adakah kerana aku kepenatan berkerja atau memang aku ni kurang power. Apa yg aku rasakan kelajuan shuttle aku kurang konsisten. Masih terasa bola yang aku pukul kurang laju dan kurang tepat ke sasaran.

9.2.11

TABIK SPRING


Memang aku 'salute' kehebatan pasukan Harimau Malaya. Kelincahan pemain dan kepantasan corak permainan yang berkualiti menarik perhatian aku. Tahap fitness pemain sungguh memberangsangkan. Cuma aku tgk beberapa pemain masih teragak-agak untuk menghantar bola dan hantaran kurang tepat mencacatkan corak permainan. Aku harap ramai lagi yg akan mengikut jejak Safi Salee bermain di liga luar terutamanya di Korea atau Jepun.

8.2.11

BACK TO WORK


Haahaahaa.... ni lah akibatnya kalau cuti lama sgt. Melambak keje yang tertangguh. Nasib baik ada budak baru masuk keje so x perlulah aku melibatkan diri dalam 'klinikal work'. Aku boleh tumpukan keje aku pada 'paper work' je. Lg pun x kes yang mencabar pundi hempedu aku. Biarlah anak buah yang buat semua keje tu.

1.2.11

HOOREY....

Akhirnya kebun pisang aku akan mengeluarkan hasil x lama lagi. Setahun aku menunggu. Sepatutnya kalau mengikut perancangan aku akan mula tuai hasil selepas 8 bulan dari tarih tanam benih tapi aku hanya merancang. Tuhan yg menentukan. aku dipaksa tunggu selama setahun. 5 pokok pisang mengeluarkan jantung serentak. X sabar rasanya untuk aku membalut buah pisang tersebut bila sampai masanya.

31.1.11

HUA...HUA...HUA...

Bosan gila...Raya Cina dah makin dekat. Inilah akibatnya kalau pesakit cina lebih ramai dari kaum lain. Rasa mcm nak balik tido je. X de keje beb...pesakit kurang so keje pun kuranglah.