14.3.11

NEW TOOLS

Senjata baru aku

17.2.11

HAPPY 1ST BIRTHDAY

Dah setahun umur puteri aku ni. Pejam celik sekejap je aku rasa anak aku membesar. Manja bukan main. Anak mama lah katakan. Asal celik mata je kalau tak nampak mama dia mesti bingit satu rumah. Semoga bertambah sihat dan bertambah rezeki pada tahun ni.

15.2.11

SMASH

Kenapa kebelakangan ni aku rasa smash aku kurang "power'. Adakah kerana aku kepenatan berkerja atau memang aku ni kurang power. Apa yg aku rasakan kelajuan shuttle aku kurang konsisten. Masih terasa bola yang aku pukul kurang laju dan kurang tepat ke sasaran.

9.2.11

TABIK SPRING


Memang aku 'salute' kehebatan pasukan Harimau Malaya. Kelincahan pemain dan kepantasan corak permainan yang berkualiti menarik perhatian aku. Tahap fitness pemain sungguh memberangsangkan. Cuma aku tgk beberapa pemain masih teragak-agak untuk menghantar bola dan hantaran kurang tepat mencacatkan corak permainan. Aku harap ramai lagi yg akan mengikut jejak Safi Salee bermain di liga luar terutamanya di Korea atau Jepun.

8.2.11

BACK TO WORK


Haahaahaa.... ni lah akibatnya kalau cuti lama sgt. Melambak keje yang tertangguh. Nasib baik ada budak baru masuk keje so x perlulah aku melibatkan diri dalam 'klinikal work'. Aku boleh tumpukan keje aku pada 'paper work' je. Lg pun x kes yang mencabar pundi hempedu aku. Biarlah anak buah yang buat semua keje tu.

1.2.11

HOOREY....

Akhirnya kebun pisang aku akan mengeluarkan hasil x lama lagi. Setahun aku menunggu. Sepatutnya kalau mengikut perancangan aku akan mula tuai hasil selepas 8 bulan dari tarih tanam benih tapi aku hanya merancang. Tuhan yg menentukan. aku dipaksa tunggu selama setahun. 5 pokok pisang mengeluarkan jantung serentak. X sabar rasanya untuk aku membalut buah pisang tersebut bila sampai masanya.

31.1.11

HUA...HUA...HUA...

Bosan gila...Raya Cina dah makin dekat. Inilah akibatnya kalau pesakit cina lebih ramai dari kaum lain. Rasa mcm nak balik tido je. X de keje beb...pesakit kurang so keje pun kuranglah.

30.1.11

AKU DAH AGAK

Memang telah aku jangka Chong Wei mesti tewas bila berdepan Lin Dan. Aku rasa Lin Dan cuma guna 60% je tenaga dia. Dari corak permainan yang bersahaja aku rasa Chong Wei masih belum dapat melepaskan diri dari badi Lin Dan.

28.1.11

APACS TANTRUM SHOT 979



Raket yang selalu aku pakai dan sesuai dengan corak permainan double aku ialah Apacs Tantrum Shot 979. Raket yang ringan dan flex. Aku rasa raket ni raket all round. Frame besar membolehkan aku tarik string aku hingga 30lb. Menggunakan tali BG6 dan penambahan grip ori Apacs membuatkan smash aku memang 'power'. Cuma aku rasa kekurangannya tahap absorbent raket ni kurang coz vibration feeling semasa smash membuatkan tangan aku rasa sakit sikit.

27.1.11

APACS LETHAL 9

Raket baru aku. Apacs Lethal 9. Memang power. Semi flex dan ringan. Balance raket memang sesuai untuk bermain di jaring dan defensive. Aku pakai BG65 soft feeling tarik 28lb. Menunggu masa untuk aku gunakan especially bila nak smash muka budak-budak.

BG66

Setelah tali raket lama aku BG65Ti putus, aku decide nak pakai tali yg lebih nipis. Nasihat dari pakar menyatakan kalau nak smash yg 'power' kena pakai tali yg lebih nipis dan tension yg sedikit rendah.

Aku suruh tokey kedai tu gunakan tali BG66 ikat 26 lb. Tali lama aku BG65Ti aku tarik 28 lb. Ternyata formula yang pakar bagi memang power. Terasa kepantasan shuttle bila smash. Cuma kekurangannya shuttle sukar dicontrol apabila permainan di jaring.

25.1.11

STRING & TENSION

Konpius aku dibuatnya pasal strine tension ni. Sebelum ni aku pakai tali BG65Ti dan aku pasang pada raket tonex muscle power 8 aku rasa macam kurang power. Konbinasi yang bagus untuk main drop dan defensive. dengan ketegangan tali 28lb aku rasa masih kurang 'power' bila smash.

aku tukar pula apacs tantrum 979 dengan ketegangan tali dan jenis tali yang sama aku rasa ok sikit. Walaupun aku rasa masih kurang power tapi permainan aku meningkat. Raket yang digunakan adalah balance raket so terpaksalah aku terima apa yang mampu dilakukan oelh sang 'raket'.

Raket ke4 aku pulak lebih 'head heavy' dari yang lain. Apacs lethal power memang 'power' aku rasa semacam bila smash tapi kekadang aku rasa msm biasa je. mungkin raket tu nak aku string tinggi sikit ketegangannya kepada 30 lb.

Setakat ni terpaksalah aku guna apa yang ada hingga aku dpt gaji bulan ni. pakai sampai tali putus. kalau tak putus gak aku beli je raket yang baru.

24.1.11

KOREA OPEN

hari ni hari pertama korea open. Harap ada live kat Astro. Aku nak tgk idola aku Park ji Sung.

23.1.11

APACS

aku lebih suka pakai raket apacs drpd raket yonex